Nukilan Ini ditulis untuk berkongsi dan berbincang bersama para pembaca mengenai kaedah menjana wang secara online dengan menggunakan kemudahan teknologi yang ada pada anda.
.
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga pembaca SK. Hari ini kita akan membincangkan mengenai kaedah-kaedah yang membolehkan kita menjana wang secara online 2015.
.
.
Baru-baru ini pada 1 april 2015, Yang Sangat Bahagia Perdana Menteri Malaysia kita yang kelima yakni PM Najib dibantu oleh Yang Berbahagia Rosmah Mansur melaksanakan GST kepada seluruh rakyat malaysia.
.
.
Biarpun kita dimomokkan dengan pelbagai kebaikan GST ini, akhirya kini kita semua bersama-sama merasai nikmat GST yang tidak terperi itu.
.
.
Penulis tidak mahu menulis lebih panjang mengenai Isu GST ini. Buat sakit hati pun ada. Cukuplah sekadar penulis memperingatkan anda agar menggunakan kuasa mengundi di tangan anda pada PRU14 yang dijangka akan berlangsung dalam tempoh 3 tahun lagi.
.
.
Jadi, GST telah memberi kesan yang cukup mendalam terhadap kita. Ada yang menyambut baik GST ini dan ramai yang menerima kesan buruk dari GST ini.
.
.
Artikel ini dikarang khas oleh penulis untuk membantu mereka yang menerima kesan buruk dari GST ini.
.
.
Pada zaman sekarang, walaupun berpendapatan kecil, boleh dikatakan ramai memiliki smartphone dan capaian internet. Tiada siapa dapat menafikan kepentingan Internet dalam kehidupan seharian terutama dalam perniagaan.
.
.
Sebenarnya penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai kejayaan penulis buat duit dengan dropship. untung kecil dan berniaga secara rilex aje. Sambil-sambil layan Facebook sambil-sambil buat dropship. Boleh la dalam satu hari dapat untung rm10 hingga rm50 bergantung pada demand pasaran. Banyak ni penulis mahu ceritakan. Tapi tunggu dulu, adakah anda faham apa itu Dropship? Dan bagaimana kaedah buat duit dengan Dropship?
.
.
Dropship sebenarnya ialah memasarkan atau lebih tepat lagi mengiklankan produk orang lain dan mengambil untung atas angin jika produk terjual. Simple sangat. Kita post gambar produk orang lain di blog atau akaun laman sosial kita seperti Facebook dan promosi pada rakan-rakan kita.
.
.
Sebagai contoh, kawan lama tika zaman sekolah rendah penulis ada buat bisnes kuih raya almond london cheezy rm20 sebalang.
-
Bila dia jual di kejiranannya, memang terlajak laris. Dia juga ada buat jualan Online tapi pendapatan tak sekencang bisnes offlinenya.
-
Jadi penulis tawarkan diri untuk dropship.
-
Penulis dapatkan gambar produk itu yang pada hemat penulis amat eye-catching dan menarik.
-
Selepas itu penulis promo di Facebook penulis dan InstaGram.
-
Kuih Raya Almond London Cheezy pada harga RM30.
-
Ayat promosi pun perlulah menarik dan power. Dan Alhamdulillah Ada dalam kalangan rakan-rakan penulis berminat untuk membeli.
-
Jadi penulis ambil tempahan, minta rakan penulis yang berminat untuk membeli untuk membuat pembayaran penuh.
-
Harga sebenar RM20 tapi penulis menjualnya pada harga RM30. RM10 dapat kepada penulis.
-
RM20 terus di bank in kepada pengusaha kuih itu. Dan Kos penghantaran pula ditanggung oleh si penjual kuih.
-
Jadinya di sini, penulis telah memperoleh untung rm10 hasil dari satu jualan hasil mempromosi produk orang lain. Jadi begitulah cara membuat duit dengan dropship.
.
.
Jika anda merasakan artikel dan perkongsian penulis ini berinformasi dan bermakna samada untuk anda ataupun untuk rakan-rakan anda yang mengalami masalah ekonomi, silalah share artikel ini di facebook, Instagram atau twitter anda dengan menekan butang Share sebagaimana yang tertera di bawah.
.
.
Terima kasih sudi datang melawat blog penulis ya. Sila bookmark page ini!
Sila Klik Untuk Membaca:
Saturday, 27 June 2015
Kaedah Buat Duit Secara Online
Subscribe to:
Posts (Atom)